Kasih,

Bismillah,

Sihat?,

Hari ni aku tergerak untuk mencatat sesuatu kat sini, Aku terjumpa  sebuah syair yang sangat tulus ayat-ayatnya,

Syair daripada  Syeikh Mansur Al-Salimi, syair ini menggambarkan sifat kita,  sifat kita yang lemah dan sentiasa terdedah kepada kesalahan dan dosa, Setiap hari, pasti akan ada kesalahan dan dosa yang kita buat, Namun, Allah akan sentiasa terbuka menantikan kita, Sebesar mana pun dosa kita di atas dunia, rahmat dan pengampunan Allah akan sentiasa lebih besar,

Kita berdosa, Namun Allah tutup aib kita di mata manusia,
Kita berdosa, Namun Allah masih beri kita kesihatan,
Kita berdosa, Namun Allah masih berikan kita harta,
Kita berdosa, Namun Allah tetap memberikan kita peluang untuk kembali...,

Kita sentiasa lupa bahawa kita ini milik Allah, Dunia hari ini, perhentian buat kita, alangkah ruginya jika kita tersungkur dan lalai di atas dunia, sedangkan destinasi kita bukan disini,  Destinasi kita adalah firdausi..

Kita ini datang daripada Allah, hidup untuk Allah dan akan pulang pada Allah...

Marilah kita sama sama ambil masa, renungkan kehidupan kita sekarang, 

Adakah kita telah  buat perintah perintah Allah?
Adakah kita telah buat Allah gembira dengan kita?

Kalaulah masa kita telah berakhir.....dan kita dipanggil pulang menghadap Rabb kita,.

......

Adakah kita sudah bersedia?

.....

mari..kita fikirkan kembali tentang hidup kita,...

Seburuk mana pun kita..selagi mana nyawa belum di keronkong..dan selagi belum matahari terbit di barat...

Maka peluang taubat kepada Allah akan seluas luasnya terbuka untuk kita.

Syurga itu untuk semua, Namun syurga itu perlu dicari dan diusahakan, Kita mesti berusaha untuk mendapatkan syurga,

Moga Kita sentiasa dalam lindungan Allah,












Comments

Popular posts from this blog

Budi

Blessing and Love