Posts

Showing posts from January, 2021

Masa

 Bismmillah, Dalam masa terekat ni keputusan exam aku akan keluar, tiap kali tiba waktu macam ni, memang akan sentiasa berdebar, yelah, perancangan , impian , permulaan dan pengakhiran boleh dikaitkan dengan peperiksaan kita. Lazimnya sebegitu. Namun kita tahu yang kita telah berusaha sehabis baik, dan kita tahu bahawa segala ketentuan milik Allah, Cuma kali ini aku terfikir yang, jika keputusan peperiksaaan dunia sudah mampu membuat diri kita gelisah dan resah. Masakan nanti, sewaktu tiba hari segala penghakiman dunia dibentang di hadapan seluruh manusia dan Allah,  Apakah yang kita rasa waktu itu.. setiap saat kehidupan kita diputarkan di depan mata, di hadapan manusia manusia lain, bahkan dihadapan manusia  yang kita sayangi di atas dunia. Apakah kita yakin amalan kita cukup untuk sampai ke syurga? Adakah kita telah hidup dengan sebaiknya? Sewaktu kitab amalan berterbangan ke arah kita, tangan manakah yang akan kita ambil? adakah tangan kanan? yang mana semestinya kitab ini telah te