Memoir "Aku" 2018

Assalamualikum, Hi

2018, ini aku selitkan perasaan-perasaan yang ingin aku kongsikan,tapi sebelum itu, aku nak korang tahu, kalau korang rasa tahun ini sukar dan susah ke, mencabar ke, ingat segala yang berlaku itu pasti ada hikmah, itu pasti sebab itu janji ilahi, segala apa yang telah berlaku itu semua pengalaman yang buat kita belajar dan lebih matang untuk tahun-tahun mendatang.

yakinlah,  tiap apa yang berlaku bukanlah sia-sia, benda tu kadang adalah nasihat Allah buat kita untuk kita sedar, untuk kita usaha lebih baik,untuk kita perbaiki diri ni, sebab kita penuh dengan kesilapan,

kita kan selalu fikir kita baik...kan.. hehehe

Biasalah kita lupa, sebab itu kita ini Allah berikan kita masa untuk kita terus jadi dewasa
 supaya lebih tahu apa yang baik dan buruk, 

bukan tahu beza baik buruk tau,

supaya LEBIH tahu baik buruk,

faham kan ayat tu, hehe
,
Okay? 


Januari,

"Dah masuk 2018, ini tahun last aku kat sini" itu perkara pertama yang terdetik kat hati aku, 
"Tahun ini akan penuh tanggungjawab yang aku kena pikul"

Mulalah pasang impian  belajar 24 jam non stop sebab SPM,  inilah impian yang paling tak capai , hahaha,

Waktu ini jugaklah yang aku mula rasa, banyaknya kelas , rasa macam tak ada cuti , biasa hujung mnggu boleh tido, tapi tahun ini, macam takda chance pun. hehe..

tapi aku biasa ambik peluang tido dalam kelas, adoi huaha, ini jangan tiru,jangan sesekali buat tau, lagi lagi kalau ada cikgu kat depan. sebab sangat bahaya, anda berkemungkinan akan dipanggil untuk jawab soalan di depan, atau mnerima renungan tajam cikgu atau disuruh berdiri, huhuhu


Febuari

Masuk bulan ini, dah takde dah tido dalam kelas, sebab dah lebih sedar kot, tapi apa yang paling penting waktu ini secara biologinya aku dah 17 tahun hidup atas rahmat Allah, Banyaknya yang aku lupa kesihatan yang Allah bagi selama 17 tahun, bukan itu sahaja, bahkan sangat banyak, yang semestinya aku tak boleh kira,

cuba tengok apa yang kau tengah pegang,

itu nikmat kan?

cuba tengok kau kat mana sekarang?

itu nikmat kan?

dan satu lagi, kau nampak jelas kan tulisan ini ,dengan mata kau,

itulah antara nikmat paling besar atas dunia, kau punya penglihatan, tak semua orang beruntung macam kau dan aku

Mac

Time ni, dah semakin tinggi cabaran, dah semakin   dekat , bedebar dan berdebar, 
Apa yang dekat? 

Macam -macam perkara,

April

Bulan ini aku anugerahkan sebagai bulan paling mencabar jiwa dan raga, banyak "event" yang 'berlaku serentak, yang memenatkan  dan menyakitkan, bulan ini ada satu tahap yang aku down, ini bukan down biasa biasa , ini down yang betul punya, 

banyak waktu dalam April ini mata aku berkaca, Aku rasa kecewa, Aku takut dan sebenarnya nak give up, tapi disebalik semua itu, aku sangat syukur ada kawan -kawan dan cikgu  yang menguatkan aku, 

Sebab apa aku down? 

Aku lupa, 

Dalam setiap 
yang sukar ada mudahnya
yang pahit ada manisnya,
yang sakit ada ubanya,

Aku telah bawak diri aku dalam kesusahan yang tak perlu dengan "overthink"

Sedangkan aku yang kawal diri aku, we choose what we want to be,

Ada masanya kita kena sedar, yang kita boleh kawal diri kita, Jangan kita biarkan diri kita hanyut melayan perasaan, itu sia-sia,

"Habis dah emo nak wat camne"

Aku tak cakap salah layan perasaan itu fitrah dan memang tak boleh elak, tapi, jangan lama-lama, sebab nanti kita sendiri yang susah dan rugi,

kata mat sallh " There is always a silver lining" be positive and optimis, serius kau tak akan rugi, kau akan berani ,



Mei


Bulan ini ada isi yang istimewa, ada bulan Ramadan,

Bulan ini yang kita kena kejar setiap tahun. dan inilah bulan ramadan pada tahun aku SPM,

Bulan yang pasti tiada ganti, Bulan yang penuh sumber kekuatan sebab tiada syaitan yang menahan hanya diri sendiri dan nafsu, itulah lawan nya,

Banyak yang aku nak perbaiki untuk Ramadan tahun depan,  sebab aku tak cukup puas, kita panjatkan doa jom! Moga kita ada jodoh lagi dengan Ramadan,

Kau punya Ramadan pula macam mana?

jangan marah, saja tanya, sebab aku pun tidak seberapa,

Bulan ini juga ada, ini PPT,

tiada apa yang lain waktu exam ini,

cekalkan jiwa, kuatkan usaha, dan serahkan pada-Nya

haa.. satu lagi waktu bulan ini,

Dapat kerajaan barula,




Jun


Dapat result exam bulan ini,

ada Raya, bulan ini,

Sangat memakna jika kita faham

apa itu aidilfitri,,
membina diri,
membina manusiawi,,

Dengan diri yang di didik,
sewajarnya kita bersedia untuk berubah,
selepas aidilfiti,
kenapa?

Sebab Ramadan mengajar kita banyak perkara,
Cuma, soal kita terima atau tidak, itu ja,
Berapa ramai hanya puasa,
Namun tiada apa-apa?



Julai

Dah  makin dekat ,4 bulan lagi nak SPM, bahangnya terasa,

Ogos

Heat is up! Pressure is up! 3 bulan nak SPM,

Merdeka ke 61 kata Mereka,

Malaysia baru dicipta,

Namun , sudah merdeka ke kita sebenarnya?

Pada jiwa dan raga,?


berapa ramai yang terhimpit dengan keadaan,
selalu kalah dalam suasana,

"Apa kau cakap ni?"

yelah, kita kan macam tu, kita kan terhimpit selalu dengan keadaan, betul tak kalau akau cakap, keadaan baik kita okay, keadaan rajin kita rajin, keadaan yang suka solat kita solat,

Bila keadaan dosa? tau, kita akan terjebak sama, orang tak solat solatkah kita?
Perkara paling bahaya untuk kita nak tau bila,

Bila kita berseorangan,

waktu itu, diri kita yang sebenar,

September

Waktu ini, ada trial,

Peliknya aku suka waktu ini, sebab ada exam,

sebab waktu ini aku akan sungguh-sungguh,

Waktu ini juga aku sedar ,waktu dah tidak lama untuk aku tatap wajah kawan -kawan aku , cikgu -cikgu aku,

Bulan ini pun mencabar jugak,

Sebab ada "Renainsance"

Gerakan pemulihan besar besaran bermula, huaha,

Alhamdulilah, objektif gerakan ini berjaya dicapai

Hubungkan yang renggang,
elak pertelingkahan,
selesaikan permusuhan,

Oktober/November

SPM sampai, serius hari pertama rasa cuak gila, huha
Tapi bila dah lama,
Alah bisa tegal biasa,
Tapi best sebab makanan banyak, inilah penyebab gemuk utama calon-calon spm,


Waktu ini juga aku sangat hargai sokongan guru-guru aku, para ibu bapa dan kawan-kawan yang sangat hebat,

Cikgu-cikgu, andalah bintang hidup kami, andalah penyuluh jalan kami, jasamu cikgu tiada yang mampu membalas, hanya DIA sebaik baik pembalas,

Merekalah yang sanggup hadap kami 24/7 selama 5 tahun, pahit manis semua mereka dah lalu

Kami pasti akan rindu cikgu,

Terima Kasih cikgu!

Ibu Ayah, merekalah asbab kami dilahirkan ke dunia, pendorong nombor satu., penguat semangat, pengubat rindu, penyokong utama kami sampai bila-bila

Ibu Ayah, kasih sayangmu juga tiada lagi yang mampu mebalas hanya Allah sebaik baik penjaga,
Akan terus kami berbakti pada mu! hingga akhir waktu!

Disember

Alhamdulilah, selesai tugas aku untuk lima tahun disini, tiada yang lebih pedih dari meninggalkan tempat yang aku dah suka,
tempat yang aku dah jatuh cinta,

Kenapa aku tak ucap selamat tinggal?
 Sebab aku pasti kita akan berjumpa sampai bila-bila,
 cuma mungkin berbeza waktu dan ketika,

Aku sangat pasti tali yang telah dibina,
tidak mudah untuk putus,

perpisahan yang berlaku hanya sementara,
perpisahan ini untuk  jalan kita selepas ini,
Namun bukan persahabatan sehebat ini,
Sebab jika ukhuwah fillah, ia harus sampai syurga,

Ye, sampai syurga,
Namun dengan syarat,
Semua kena saling menasihat,
bukan saling bermaksiat,

Sebab itu fungsi Sahabat,
untuk saling mengingat,
agar kita tidak sesat,
Menempuh setiap saat,



2018 -
 sampai sini yang aku kongsi, percayalah banyak lagi yang aku simpan. untuk buat kenangan,
tahap banyak mana itu,

There were a lot of moments that would not be able to count,
every precious seconds to cherish,
every blasting minute to learn,
every memorable hour to store
every joyfull day to share,

And a year with no words would be suitable to describe,
It Ends here,
A start tomorrow,


Terima Kasih, kalau kau dah sampai sini, moga ada baiknya buat kau dan aku, Aku doakan kau yang baca ini sentiasa kuat untuk tahun 2019, Ingat apa- apa berlaku baliklah pada DIA, sebab kita datang dari dia dan hanya DIA paling berkuasa,

Lepasini, pergilah BERCINTA, hehe

Aku tak perlu bagitau dengan siapa,

Bagikau siapa yang utama dapat cinta kau?


Aku akhirkan dengan ni

"Cinta itu bukan untuk melemahkan, bahkan untuk menguatkan"

Dipetik dari Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk,HAMKA
















Comments

Popular posts from this blog

Budi

Blessing and Love