Amerika Syarikat & Dunia?

BISMILLAH

Tulisan ini bukanlah daripada seorang pakar dunia,ahli poilitik,guru atau sesiape yang hebat.Ini      hanyalah daripada buah fikiran seorang budak yang bercita-cita.tu je.Oleh itu segala kesalahan fakta dan mahu memberi teguran dan nasihat amat dialu alukan.Terima kasih sudi baca.Thanks Guys,

Baru-baru ini Amerika pimpinan Donal Trump mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu kota Israel  membuatkan hampir satu dunia "terbeliak mata".Ini bukan kejutan,Sejak zaman Bill Clinton jadi Presiden AS perkara ini telah pun menjadi dasar mereka dan telahpun diluluskan Dewan Senat dan Congres AS. Namun presiden2 sebelum macam Bush dan Obama telah menangguhkan perkara ini sehinggalah sekarang.Sememangnya perkara ini akan menjadi tumpuan dunia terutama umat islam.

Kini, AS dan Israel menerima kecaman hebat,Namun apa diorang buat? Buat "tak tahu" je dan menegaskan tindakan tersebut mampu mencapai perdamaian dua hala antara Palestine dan Israel.
Palestine menegaskan mereka tidak akan berundur daripada Baitul Maqdis dan mereka hilang percaya terhadap AS sebagai orang tengah untuk menyelesaikan konflik antara Palestine dengan Israel.Kini Palestine  mengharapkan sokongan dunia terutama dunia islam untuk mengikitiraf Baitul Maqdis sebagai ibukota Palestine sebagai tindak bals tindakan AS.

Jadi,berlangsunglah Sidang Luarbiasa Negara -Negara Kerjasama Islam (OIC) . Dalam sidang tersebut terhasillah Deklarasi Istanbul yang menyatakan Negara-Negara Islam Dunia bersetuju mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu kota Palestine. Kini tindakan terbaru dunia ialah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) akan mempertimbangkan draft resolusi yang menyatakan tiada kesan perundangan ke atas status Baitul Maqdis .Draft Resolusi ini jika diluluskan (UNSC) akan mengatakan bahawa tindakan AS mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu kota Israel tidak sah. Huha! .Namun, dalam (UNSC) salah satu ahli tetap ialah AS selain China,Russia,Perancis,German,Britain  dan selebihnya daripada 15 ahli ialah ahli tidak tetap yang diundi setiap 2 tahun.AS berkemungkinan munggunakan Kuasa VETO untuk membatalkan draf Resolusi tersebut. haish.

Itulah Dunia dibawah cengkaman orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Kita tengok Dunia Arab di timur tengah pulak,

Syria , Iraq , Yaman hancur akibat perang saudara. Negara-negara Arab lain ada kepentingan pada AS. Arab Saudi banyak beli senjata dengan AS. Qatar ade kem tentera Amerika kat negara dia. Iran sibuk beradu tenaga dengan Arab Saudi untuk  jadi paling kuat di rantau arab dan sebarkan fahaman syiah.. Yang lain pun ada macam-macam kepentingan dengan AS. 

Lihat mereka pun terikat dengan Amerika.

Kita yang kat sini hidup aman damai, Leka dan sibuk kejar mewah dan glamour.Ade jugak yang masih rase isu ini hal orang yang kita tidak perlu ambil tahu.Salah, ini hal Agama dan Kemanuisaan.Janganlah jadi orang yang tak mahu ambil tahu dan terlibat.

Ye betul kita tidak mampu buat apa-apa.

Tapi,           Sekurang kurangnya ambil tahu ,jangan jadi katak bawah tempurung pasal Agama dan saudara kita sendiri, hihi, jangan marah ye, ni apa yang aku rase je yang kita perlu buat .

hal-hal artis dan hiburan kita tahu takkan yang ini BUAT Tak tau je?!

Teruskanlah berdoa untuk diorang! Kita terus beri sokongan dengan CAKNA pasal isu ni.! Ambil peduli. Sekian, Aku sangat hargai kalau korang buat perkara tersebut dan sanggup bace tulisan ini.Moga Allah Redha. 

Nanti Aku share lagi Bye!



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Budi

Blessing and Love