Surat

 Bismillah, 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, penguasa segala yang dilangit dan dibumi, Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah, yang Maha Pengasih pada tiap hambanya, dan yang Maha Pemurah pada makhluk-makhluknya.

Dalam setiap detik-detik kehidupan kita, tidak akan lari daripada Dia, kerana Dia pemilik kita, yang sentiasa menjaga dan memelihara.

Kita sebagai manusia, tidak dapat lari daripada kesalahan dan dosa, Dosa dan kesalahan yang kita sedar, ada juga yang langsung kita tidak sedari. Namun seburuk mana pun keadaan kita, ia kekal menjadi rahsia kita dengan Dia, Allah tidak akan mencanangkan atau berkongsi keburukan kita dengan makhluk lain.

Ingin saya petik, nukilan Dr Ahmad Sanusi,

Seorang lelaki bertanya kepada seorang Abu Tamimah: Bagaimana keadaan kamu pada pagi ini? Jawab Abu Tamimah:


“أصبحت بين نعمتين, لا أدري أيَّتهُمَا أفضل: ذنوبٌ سترها الله -عز وجل-, فلا يستطيع أن يعيرني بها أحدٌ؛ ومودةٌ قذفها الله -عز وجل- في قلب العباد, لم يبلغها عملي”.

“Aku berpagi dalam dua nikmat yang tidak aku ketahui manakah yang lebih baik iaitu: Nikmat Allah menyembunyikan dosaku sehingga tiada seorang pun yang boleh mengaibkan diriku atau nikmat rasa kasih yang Allah campakkan ke dalam hati manusia, sesuatu yang aku tidak mampu perolehinya melalui amalanku.”


Betapa besar nikmat Allah yang kita rasai, tiap tiap hari tanpa henti, Kita leka, lalai dan lupa, namun tidak pernah Allah terus membalas perbuatan kita, peluang demi peluang sentiasa terbuka untuk kita. Cuma tinggal diri kita sendiri, mencari atau berhenti? :)
Allah itu sentiasa menunggu doa dan taubat hamba-hambanya.Sejelik mana pun, keadaan kita, Allah itu Maha Pengampun, Sekotor mana pun, Allah itu Maha Pengampun, Sesukar mana pun, segala urusan itu milik Allah, Dia mengetahui segala yang terbaik untuk kita.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)
Allah itu Maha Baik, menutup segala keaiban kita, dan Allah itu Maha Pengampun, untuk segala kesalahan dan keaiban kita,
Jangan pernah berhenti, tidak kira sesukar mana pun keadaan kita, jangan pernah putus asa, Allah itu sentiasa ada untuk kita, sentiasa dekat, jauh lebih lebih daripada apa yang kita sangka. Kasih Tuhanmu itu, tiada sesiapa dapat tandingi, melebihi kasih seorang ibu terhadap anaknya, melebihi segala-galanya.
Moga diri kita, sentiasa dalam lindungan Allah, dalam petunjuk dan hidayah-Nya.






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Budi

Blessing and Love