Posts

Showing posts from May, 2021

Surat

 Bismillah,  Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, penguasa segala yang dilangit dan dibumi, Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah, yang Maha Pengasih pada tiap hambanya, dan yang Maha Pemurah pada makhluk-makhluknya. Dalam setiap detik-detik kehidupan kita, tidak akan lari daripada Dia, kerana Dia pemilik kita, yang sentiasa menjaga dan memelihara. Kita sebagai manusia, tidak dapat lari daripada kesalahan dan dosa, Dosa dan kesalahan yang kita sedar, ada juga yang langsung kita tidak sedari. Namun seburuk mana pun keadaan kita, ia kekal menjadi rahsia kita dengan Dia, Allah tidak akan mencanangkan atau berkongsi keburukan kita dengan makhluk lain. Ingin saya petik, nukilan Dr Ahmad Sanusi, Seorang lelaki bertanya kepada seorang Abu Tamimah: Bagaimana keadaan kamu pada pagi ini? Jawab Abu Tamimah: “أصبحت بين نعمتين, لا أدري أيَّتهُمَا أفضل: ذنوبٌ سترها الله -عز وجل-, فلا يستطيع أن يعيرني بها أحدٌ؛ ومودةٌ قذفها الله -عز وجل- في قلب العباد, لم يبلغها عملي”. “Aku berpagi dalam du