Posts

Showing posts from April, 2019

Si Anak 1 :Merantau Jauh

Langit cerah memayung bumi, Hari indah penuh berseri ,warga Melaka sibuk di pasar-pasar membeli segala macam barangan,Mana tidaknya, kurang lagi 2 purnama akan tiba bulan puasa kemudian raya Aidilfitri, Tiada sesiapa yang mahu melepaskan peluang memborong barangan dagangan, Orang Cina menawarkan harga hanya 2 emas untuk seramik dan pasu, Orang india pula melelong rempah sagantang hanya untuk 1 keping emas, Asyik sungguh mereka membeli, selain berdagang ada juga yang sibuk untuk menyanyi. Maka berambal-ambalanlah segala manusia di situ, Raut wajah tiada yang tidak bahagia, Negeri ini Makmur atas kurniaan Tuhan, manusia datang dari segenap pelusok alam, Dari Empayar China hingga ke benua Inggeris, tiada satu pun yang tidak mengenal negeri Melaka. Alangkah rugilah tuan hamba , jika jahil tentang  negeri bertuah ini. Di astaka Negeri, bersemayam Tuanku Sultan dan para pembesar negeri, “Tuanku, tidak lama lagi akan sampai utusan kerajaan Majapahit membawa amanat Raja Raden WIjaya

Si Anak 2 :Tuah di Bumi Orang

Jauh sudah perjalanan,  Si Tanggang sudah menjadi buah mulut orang ramai, manakan tidaknya, Dia seorang yang sangat rajin bekerja,Sasa dan punya Rupa, SI Tanggang tidak  culas bahkan amat jujur melaksanakan tugasnya, Dagangan Nakhoda makin banyak dan untung, Mereka belayar jauh hingga ke Goa, dan Tanjung Harapan kemudian singgah di Temasek sebelum pulang ke Majapahit, Segala Barangan dagangan ini pula akan didagangkan pula di sana. Kini Si Tanggang adalah orang kanan Nakhoda, Nakhoda amat menyanyangi Si Tanggang kerana budinya yang baik. “Tanggang, sudikah engkau menemani aku bertemu Raja Majapahit” “Untuk apa Tuan?” “Aku mahu serahkan barangan kiriman Baginda dari perjalanan kita serta Aku mahu serahkan surat balas sultan Melaka” “Boleh Tuan” Di Istana Majapahit, “Tuanku Raden Wijaya, patik hulurkan warkah Sultan Melaka yang besetuju dengan Tuanku” Ini pula patik bawakan barangan hiasan dan rempah daripada perjalanan Patik” “Engkau telah jalankan tugas engkau

Si Anak 3 :Puteri

Setelah menghadap Raja Raden Wijaya, Si Tanggang mendapat restu daripada Raja Majapahit,Susuk tubuhnya yang gagah dan kehandalan Tanggang sebagai pelayar dan pedagang memenuhi syarat untuk bermenantukan Si Raja.Maka tertulislah satu tarikh untuk menyatukan mereka berdua, Raja Raden mengarahkan para pembesar menghebahkan berita itu ke seluruh benua Nusantara, Sehinggalah sampai ke Negeri Melaka, akan perkahwinan Puteri Majapahit dengan orang kebanyakan bernama Tanggang. Maka sampailah khabar itu di telinga Mak Deruma, alangkah gembiranya perempuan itu mendapat tahu bahawa anaknya akan berkahwin dengan Puteri Raja, Syahadan sebelum Tarikh perkawinan, Maka datanglah utusan dari Majapahit ke Melaka untuk menjemput Sultan Melaka hadir ke Majapahit, Waktu itu juga Mak Deruma menunggu di luar istana Melaka mengharapkan jemputan daripada utusan Majapahit. Tibalah waktu berangkat utusan Majapahit untuk kembali kenegerinya, akan tetapi dihalang Mak Deruma “ Woi, perempuan, Kenapa

Si Anak 4 : Terlajak Perahu Boleh Diundur,Terlanjur Kata Binasa Semua

Sedang berlayar di lautan lepas, Tanggng memanggil isterinya, “Dinda, dinda sahajalah permata tunggal hidup Kanda, tiada yang lain. Atas kuasa Tuhan, Maka laut pun mengeluarkan Amarahnya, Angin kencang dan Ombak besar membadai Samudera Jaya, Bergerka ke kiri dan Kanan kapal itu, Terangkatlah segala barangan , Terhuyung hayanglah badan Samudera Jaya Semua kelasi sibuk membetulkan layar, Ombak besar menghentam Samudera Jaya dari Timur, merosakkan sisi kapal, “Laksamana! Sisi kapal Pecah!” Datang sekali lagi ombak yang besar menghentam bahagian depan ,Maka terumbang ambinglah kapal yang sedia rosak itu, “Laksamana, ! Kemana kita selepas ini!” Atas Nikmat Tuhan. Ternampaklah mereka daratan yang tidak jauh, Maka begegaslah mereka ke situ.. Maka dapatlah mereka berlabuh di situ, ******************* Tiba satu malam, hati Mak Deruma tidak tenteram, Terbayang wajah anaknya dalam angan-angan mimpi, Maka bangunlah wanita itu di malam hari, hiba berasa di hati, Bukan asing b