Mac 2022,

Kasih yang mengalir, akan terus mengalir, biarpun sukar, biarpun nampak mustahil, kasih yang telah ada, tidak mudah berhenti, walaupun nampak mustahil, kasih yang pernah ada, tidak mudah mati,

Kerana kasih yang sama, pernah membuatkan kita gembira, tersenyum walau dalam keadaan yang pahit berjauhan di mata, 

Kerana kasih yang sama, pernah menguatkan kita, saat kita bergenang dengan hiba, 

Kerana kasih yang sama, telah wujud kerana kita, kerana kita yang pernah berkongsi jiwa,

Namun, tidak semua, seindah mimpi, hidup ini, tidak akan lari daripada realiti, yang kini kita tidak lagi sehati,

Mana mungkin tidak terasa, segala memori yang ada, kini, hanya tinggal kenangan semata mata,

Mana mungkin tidak terluka, dengan apa yang telah menimpa, Hanya Tuhan yang tahu, segala yang disimpan di dalam dada,

Namun, Tidak guna ,menuding jari, kerana akhirnya hanya akan memakan diri, tidak guna menjeling sesama sendiri, kerana akhrinya menyakitkan hati,

Hati, Hati yang sama, yang pernah kita janji, yang kita akan lindungi,

Aku, Aku  terima, yang kisah ini hanya sampai disini, Aku terima, yang ini jalan yang terbaik buat hati, 

Aku, Aku  terima, bahwa aku tak mampu menepati janjiku padamu, dan Aku, Aku terima juga, bahwa engkau , tidak mampu menepati janjimu padaku,


……

Marilah, telah tiba masanya kita menutup luka, memberi noktah pada cerita kita,

Moga Tuhan ampuni dosa kita, Moga Tuhan menyuluh cahaya, buat dirimu dan diriku, agar kita terus kuat, menempuh jalan yang di depan,

Aku akan tetap, menjadi diriku, yang selalu mengirim doa buatmu, Moga lindungan Tuhan selalu memayungimu, 

Ku mohon padamu Ilahi, Moga suatu hari, Kau kurniakanlah bahagia, buat dirinya dan diriku, Kau berikanlah, Kasihmu yang paling tinggi, buat dirinya dan diriku,

Moga kami, wahai ilahi, sentiasa dibawah lembayung rahmat-mu,




Comments

Popular posts from this blog

Budi

Blessing and Love