Posts

Showing posts from April, 2022

Awang Hitam Siri 5

15 Ramadan, Kerana Syurga itu indah,  Kerana Syurga itu istimewa, Kerana Syurga bukan untuk semua, Kerana Syurga berbeza daripada dunia, Kerana Syurga itu milik pada yang mencintainya, Wahai Pemilik Syurga, pemilik para pencinta-nya, pemilik dirimu dan diriku, Wahai Rahim, Wahai Rahman, Wahai Rabbi, hatiku penuh dengan titik hitam dan kesalahan, Sungguh, diri ini mendambakan kasih dan sayang-mu, diri ini kosong dengan Cinta-mu,  Wahai Rabbi, tunjukkanlah diriku, jalan menuju Syurga-mu, yakni, jalan menuju diri-mu, Wahai Rahim, diriku tiada yang istimewa, diriku penuh dengan dosa, diriku penuh dengan salah dan silap,  Wahai Rahim, hinanya diriku ini,  Ku mohon padamu Rabbi, ampunkanlah dosaku, maafkanlah kesalahanku, pimpinlah diriku kembali ke jalanmu, Ya Allah, andai rosak hatiku ini, engkau kurniakanlah hati yang baru buatku, hati yang tulus dan bersih buat diriku, Ya Allah, bantulah diriku melawan diriku, diriku yang tempat tinggal nafsuku, Ya Rabbi, maafkanlah diriku, Maafkanlah Ya

Mac 2022, Kasih yang mengalir, akan terus mengalir, biarpun sukar, biarpun nampak mustahil, kasih yang telah ada, tidak mudah berhenti, walaupun nampak mustahil, kasih yang pernah ada, tidak mudah mati, Kerana kasih yang sama, pernah membuatkan kita gembira, tersenyum walau dalam keadaan yang pahit berjauhan di mata,  Kerana kasih yang sama, pernah menguatkan kita, saat kita bergenang dengan hiba,  Kerana kasih yang sama, telah wujud kerana kita, kerana kita yang pernah berkongsi jiwa, Namun, tidak semua, seindah mimpi, hidup ini, tidak akan lari daripada realiti, yang kini kita tidak lagi sehati, Mana mungkin tidak terasa, segala memori yang ada, kini, hanya tinggal kenangan semata mata, Mana mungkin tidak terluka, dengan apa yang telah menimpa, Hanya Tuhan yang tahu, segala yang disimpan di dalam dada, Namun, Tidak guna ,menuding jari, kerana akhirnya hanya akan memakan diri, tidak guna menjeling sesama sendiri, kerana akhrinya menyakitkan hati, Hati, Hati yang sama, yang pernah kita