Posts

Showing posts from January, 2019

Lahir Bab 20 Prolog

Jam 2.15 pagi, Air hujan terus  mencurah, lazimnya inilah waktu manusia tenggelam dalam lamunan tidur, waktu isitirehat yang panjang setelah seharian, Namun, di saat kebanyakkan manusia berehat, ada yang masih bercengkang mata, ada juga yang tengah bertarung nyawa, "Push! sikit lagi puan,Push! sikit lagi puan," "Nurse! , prepare for delivery!" ******************************** Tangisan, anak kecil telah keluar melihat dunia. Terlantar, seorang ibu di atas katil, Penat, lelahnya dibalas apabila mendakap seorang anak kecil, Dicium kepalanya, diusap-usap mukanya, dalam hati si ibu, moga anak ini menjadi hambaNya yang taat pada perintahnya, Si Ibu tidak dapat bertahan lama, lukanya tidak sembuh, Si Ibu berasa perit yang amat sekali lagi, Bayinya sudah selamat, Kini Si Ibu dalam bahaya, Diserahkan anak tersebut kepada jururawat , Si Ibu dikejarkan semula ke dewan bedah Jam 2.45 pagi, "Doc! Internal bleed getting furious," *

Sampai 19

Masa penerbangan 7 jam 30 minit, Sepanjang penerbangan, Ahmad cuba melelapkan mata,memejamkan segala isi hati yang tersimpan, Namun terlalu banyak yang telah berlaku, tidak mungkin Ahmad melupakan semua dengan mudah, Ahmad masih memikirkan tentang gambar yang keluarganya, Kata -kata Tok Imam berkaitan ahli keluarganya masih teriyang-iyang dalam ingatan, Ahmad memang sudah lama mengimpikan sebuah keluarga, Dia selalu cemburu ketika kecil, melihat rakan-rakan sekolahnya di jemput ibu bapa masing-masing, kalau benar dia ada adik beradik kenapa mereka tidak pernah mencari Ahmad? Kenapa  arwah Nenek merahsiakan perkara ini kepada dirinya? Ahmad juga teringat akan Faiz, rakan karibnya yang telah selalu  berada di sampingnya selama ini, Kini, tiada lagi Faiz sebagai rakan berbual, tiada lagi Faiz sebagai teman, Fikiran Ahmad juga dihantui dosa-dosa lama, kelab, dadah, arak..terasa begitu hina , Seorang manusia yang penuh dengan lampau yang buruk hendak berhajat memijak tanak su

MED 18

Image
Ahad, 8 Disember 2030, Ahmad duduk di ruang legar KLIA bersama Tok Imam dan Hj Shahrin, Ahmad melihat orang sekeliling, semuanya akan bermusafir, di situ ada Screen besar yang memaparkan Jadual penerbangan Hari tersebut,  London 1200      Dubai1210        Hong Kong 1230        Tokyo1330          Sydney1400        Beijing141 0 Mata Ahmad tepat pada satu destinasi pada screen ,  Medinah "Penumpang penerbangan MH8204,ke Madinah , Sila bergerak ke Pintu C17," "Tok, Ahmad mri naik" kata Hj Shahrin, Ahmad mengangkat beg beratur untuk menaiki pesawat, "Ring Ring, Ring Ring"  telefon Ahmad berbunyi. "Assalamualikum" Ahmad mengangkat panggilan, "Waalaikumsalam," satu suara yang halus menjawab, "ini Amirah "kata Ahmad dalam hati "Awak nak pergi umrah ye?" tanya Amirah "Ermm, Ye" Ahmad hairan macam mana Amirah boleh tahu sedangkan dia tidak memberitahu sesiapa, "Take

Sahabat 17

"Tok, saya rasa bersalah, berdosa, saya dah lalai, saya dah sia siakan banyak masa hidup saya...Tok kalau saya tak lalai, mungkin,..mungkin.....Faiz masih hidup .....Tok, saya nak  bertaubat". sayu kedengaran suara Ahmad di ruang tamu Rumah Tok Imam, "Ahmad, masa yang dah berlalu kita dah tidak boleh ubah..itu semua adalah pengajaran untuk kita selepas ini,, bukan salah kamu Ahmad,," Kamu dah berhenti kan segala perbuatan kamu dulu, Kamu pun dah menyesal, sekarang banyakkan minta taubat pada Allah" "Allah sayang kamu Ahmad, dia mahukan kamu balik pada-Dia..Allah tak biarkan kamu terus sesat dah jauh, Allah yang wujudkan insaf dalam hati kamu tu..syukur kamu kembali ingat Allah" "Sejahat mana pun dulu Ahmad, Allah terima kamu.Allah sayang pada hamba-hambanya" "Tok saya dah tiada sesiapa dah tok" berkaca mata Ahmad mendengar nasihat Tok Imam, sungguh Ahmad amat rindu nasihat sebegini. "Atok kan ada.....kamu nak ting

Pulang 16

"Sampai macam tu ye?" "Ye, kawan awak buat macam tu" mengalir air mata, sedikit demi sedikit , Ahmad sudah tahu Faiz sudah tiada lagi, 6 bulan sudah berlalu sejak Faiz meninggal dunia, Ahmad sudah sedar daripada koma, sekarang mnjalani fisioterapi,sebagai proses pemulihan diri tiap sesi akan ditemani Dr Amirah, Ahmad tidak lagi "minum" dan mengambil "white", Dia sudah diberhentikan dari kolej, rumah Faiz pula akan ditutup untuk dijual dalam masa kurang seminggu, Ahmad sudah tidak punya apa-apa, Dia hanya menumpang kasihan kenalan lamanya, Dr Amirah Kehidupan kota amat memenatkan Ahmad, Suasana kota penuh dengan kenangan pahit yang Ahmad ingin lupakan, lorong-lorong mengingatkan Ahmad kepada "white man" dan Naga, Kelab -kelab malam pula akan Ahmad jauhi sejauh mungkin, Bau Arak kini sudah tidak lagi menyelerakan untuk Ahmad, Bahkan kini Ahmad akan rasa loya tiap kali terhidu minuman syaitan tersebut, Ahmad mengambil ke

Janji 15

"Atok!!!! , Atokk!!. Atokk!! Tolong!!! Tolongggg" Faizzz lemas !!!" Ahmad berlari ke arah rumah Tok Imam, Tok Imam yang sedang bertukang belakang rumah dikejutkan dengan jeritan Ahmad "Hah?! KAT MANA? " balas Tok Imam, "Tu Tok, kat parit tepi tali air Tu!" Mereka berdua bergegas ke Parit tersebut, Kelihatan  tangan Faiz tmengocak ngocak air meminta bantuan di tengah kolam Tok Imam tanpa berlengah terus terjun , mendakap tangan Faiz dan terus membawanya ke tebing, "Faizzz, Faizz!" kata Tok Imam sambil menepuk belakang Fazi "Urgh, Urgh," Faiz batuk , mengeluarkan air dari dalam tubuh,        ********************* Ahmad dan Faiz berdiri di tengah ruang tamu, Tok Imam datang membawa rotan. rotan dipegang di sebelah kanan sambil dilibaskan ke kanan dan kekiri, Tok imam duduk di atas kerusi, mukanya bengis "Apa yang kamu berdua buat kat Parit tu?!" Ahmad dan Faiz hanya diam, "Ka

Kali Ini 14

Satu sut case dipegang erat seorang lelaki berhoodie, berjalan ke arah bangku di tengah taman metropolitan bandaraya. Sut case dipegang erat, Jam menghampiri tengah malam, tiada sesiapa yang berada d taman, Lelaki tersebut hanya duduk erat di atas bangku, tidak bergerak walau sedikit, Beberapa minit berlalu, cahaya lampu dua biji kereta Lancer memancar pada tubuh lelaki tersebut, Dari salah satu kereta tersebut keluar, keluar manusia yang paling diburu di negara ni, Naga Tubuh sasa Naga dilitupi tato tato naga bewarna merah, diukir gambar tengkorak di sebelah kiri, "Dah cukup duit aku?" Lelaki tersebut tanpa berkata sepatah terus menghulurkan Sut Case, Naga membuka Sut Case , ada wang cash penuh, Naga menyuruh pembantunya mengira duit-duit, Sedang leka mereka mengira duit, lelaki mula mengorak langkah meninggalkan tempat tersebut, "Woi, kau nak pergi mana?" pekik Naga, "Aku belum selesai dengan kau, Ahmad" "Erghh" "

Jumpa 13

Ahmad masih terlantar di atas katil, tiada tanda dia akan pulih  namun Setiap Hari Faiz akan cuba datang  pada waktu petang selepas bekerja,  setidak-tidaknya walaupun untuk menjenguk, Selain Faiz,, ada seorang lagi yang akan menjenguk Ahmad, Dr Amirah,  Dr Amirah akan datang, memeriksa keadaan Ahmad, Kadang -kadang Faiz akan bertembung dengan Dr Amirah ketika melawat Ahmad, Dr Amirah tahu bahawa Faiz amat sayang akan rakannya, melihat keadaan Faiz yang datang walaupun kepenatan jelas terpampang pada riak wajahnya, membawa  beg galas yang besar dan berat, Rutin Faiz ialah setiap kali dia mengunjungi Ahmad dia akan membaca surah yassin, Satu Hari, Faiz duduk seorangdiri  merenung keluar di kafe Hospital, Mukanya tidak menunjukkan sebarang reaksi, hanya memandang pokok di taman Hospital, Dr Amirah datang menegur, "Assalamualaikum," "ermm..Waalaikumsalam" lamunan Faiz terganggu, Dia sebenarnya agak segan dengan Dr Amirah, setiap kali Faiz dat

Hospital 12

"Ahmad bertahan sikit lagi kita dah nak sampai dah ni" sayup sayup kedengaran suara manusia, "Ingat Allah mad, Kau kuat mad" suara yang sama masih bergema, Kepalanya amat sakit, badanya basah dengan darah sendiri, Ahmad dikejarkan ke wad kecemasan dan seterusnya ke dewan bedah, Ahmad mengalami kecedaraan yang  teruk pada muka dan badan, Tulang pipinya retak, gegendang telinganya pecah, ususnya koyak, Ahmad dibedah , sepanjang waktu tersebut Faiz berjalan mundar mandir di luar, Faiz buntu, walaupun dia tidak suka dengan perangai Ahmad sebelum ini, Tapi Faiz sudah lama mengenali Ahmad, mereka berdua sudah berkawan baik sejak kecil lagi, "Salah aku ke? Salah aku ke tak mampu nak bawak dia? " kata kata yang meronta jiwa Faiz, Waktu subuh telah masuk, pembedahan masih berjalan, Faiz mengambil wuduk kemudian mengangkat takbir untuk solat subuh, Solat faiz kali ini, dia memanjatkan doanya untuk Ahmad, Doa seorang sahabat kepada sahabat, Faiz syahd

Sakit 11

Segerombolan lelaki berbaju gelap memasuki kelab malam yang sedang gamit dengan muzik yang kuat dan orang ramai yang sedang menari nari kegembiraan. Mereka semua bertatu Naga di bahu sebelah kiri, sesiapa yang terliat tatu srtersebut terus menjauhan diri daripada mendekati mereka, itu adalah tatu keramat Naga, Kawasan kelab tersebut adalh milik Naga , Mereka terus berjalan menuju ke kaunter kelab, Pelayan kelab gugup melihat kehadiran Geng Naga  di kelab tersebut, ini kerana geng Naga hanya datang apabila ada masalah berlaku atau akan adapergaduan antara geng geng kawasan. "Bboss, nak minum? tanya pelayan tersebut kepada seorang ahli  geng Naga dengan gugup,  "Kau kenal Ahmad ?"  "Ahmad mana boss" "Alah.. yang selalu datang sini" "oh ada..dia datang hari ni" "Mana?" "dia biasa duduk kat hujung tu" tunjuk pelayan tersebut kepada seorang lelaki yang tengah terbaring.. "D

Malam 10

Malam merupakan waktu yang gelap, waktu ini tiba apabila sesuatu kawasan tidak lagi disinari sinaran matahari, Malam juga merupakan waktu berehat untuk kebanyakkan makhluk, setelah penat seharian membanting tulang, Waktu malam juga digunakan sebaiknya oleh syaitan dan nafsu untuk menghasut manusia membuat onar, Waktu inilah manusia amat cenderung melakukan dosa dek kesunyian dan kegelapan malam, Ahmad sedang berjalan menyelusuri celahan bangunan di ibu kota, Ahmad kehausan memcari sesuatu, Ye, amat dahagakan arak, Waktu sudah menghapiri tengah malam, kebanyakan kedai kedai seperti speedmart dan KK sudah tutup, Namun masih ada beberapa tempat yang masih hidup, Kelab, kelab malam, Ahmad tiba di sebatang jalan, di saat jalan lain sudah lengang tanpa kenderaan, Disini, semuanya bagai baru bermula, Manusia amat ramai sedang bersuka ria, Langkah ahmad pantas memasuki sebuah kelab, Ahmad duduk di atas kerusi dan terus memesan beer, Dia tidak malu, walaupun mukanya

Adik 9

"Bang bang bangunlah" "Abang bangun, jangan duduk sini" "Abangggggg, Bangun" Ahmad tersedar daripada lamunan serbuk putih, dilihat di depannya ada seorang budak lelaki kecil, "Abang dah nak pagi dah bang" kata budak lelaki tersebut kepala Ahmad bingung kerana baru bangun daripada lamunan rupanya malam itu Ahmad tidur di pondok tempat dia khayal dengan serbuk putih, "Abangg, dahlah tu jangan buat macam tu lagi". Ahmad lihat di sekeliling tempat dia berada , amat bersepah , serbuk putihnya tumpah , bajunya kotor. "Kau siapa?" tanya Ahmad "Abang tak yah lah abang cucuk lagi," "Budak, sekarang pukul bape?" Ahmad bertanya kepada budak tersebut, "Sekarang pukul 5 bang, dah nak pagi dah" "Oh" jawab Ahmad ringkas Tiba tiba Ahmad teringat akan wang Naga yang dia telah pinjam , Ahmad telah membawa semua cash tadi ketika berjumpa white man. Walaupun serbuk tersebut mahal na

Naga 8

Dalam kisah -kisah zaman dahulu kala, Naga ,suatu makhluk mistik yang ganas dan menakutkan  pernah wujud ,diceritakan  makhluk ini menjadi dewa bagi manusia zaman awal dan kerana kekuatan luar biasa makhluk ini ia mampu memusnahkan apa sahaja . Kerajaan -kerajaan dahulu kala menyiapkan angkatan tentera yang besar untuk memburu dan menumpaskan raksasa ini, Namun , Naga ini tidak pernah ditangkap dan dijumpai, mungkin ia licik menyembunyikan diri mahupun mati tanpa keturunan atau hanya dongeng manuisa semata mata, Ahmad hari ini pergi berjumpa seekor Naga di kota, Ahmad sudah kehabisan wang untuk memuaskan nafsu araknya, Ahmad tiada punca pendapatan namun Naga sentisa menjadi tempat Ahmad memperoleh wang dengan pantas, Naga ini kaya dengan harta, Naga akan sentiasa dikelilingi pengawal-pengawal berbaju gelap, Tiada sesiapa yang berani melawan dengan Naga, pengaruh Naga sangat kuat dalam kalangan kongsi gelap, sesiapa yang berani membuat onar dengan Naga akan menempah maut, Ramai

Mimpi 7

"Ahmad bin Abdullah , bangun!" Ahmad berdiri, dilihatnya keadaan sekeliling, ramai yang berjalan kedepan, Cuaca amat terik, Matahari amat dekat dirasanya, Panas, tidak cukup dengan panas, Ahmad bagai terbakar, Ahmad melangkah keluar dari satu ruang yang tertimbus, Lalu dilihatnya di depan, ramai manusia , tidak terkira dengan mata, Ahmad mula melangkah langkahnya longlai, sangat berat Ahmad bingung, Lalu Ahmad lihat ke bawah, Alangkah terkejutnya dia, tiada secebis kain pun pada badannya, Anggota badanya ada pula yang tidak sempurna, Tangannya seolah olah tidak lengkap, Lebih membingunkan kakinya terasa besar, Ahmad menunudukkan kepala melihat kaki ,kakinya bukan milik manusia, ini kaki LEMBU! Ahmad mulai risau, risau yang amat sangat, Dipegang pegang kepalanya, Berbulu, bulu yang amat tebal, Dipegang pegang, Ahmad tersentuh benda keras yang panjang di atas kepala, Badanya menggigil kepanasan di bawah kepanasan Matahari, kuli

Belajar 6

"Malam ni korang berdua kena pastikan musang tu tak datang lagi" "Tapi tok, kami tak tahu menembak" jawab dua orang budak tersebut kepada Tok Imam, "Atok tak cakap kau berdua kena menembak" balas atok, "Cuba kamu fikir macam mana nak halang musang tu masuk" kata Tok Imam, Selepas sarapan pagi tu, Ahmad dan Faiz pergi melakukan tugas mereka, membersihkan reban, Selepas Faiz ditangkap berkelahi dengan Ahmad tempoh hari, kali ini Ahmad tidak lagi keseorangan melakukan kerja kerja Tok Imam. "Weyh Faiz, macam mana ni?" kata Ahmad "Hmm" dengus Ahmad. Mereka berdua sedang melihat reban Ayam Tok Imam, saiznya takdelah besar, Ayam-ayamnya pun tak berapa banyak pun, Mereka memerhati setiap sudut reban tersebut, Mereka perasan yang reban tersebut dindingnya ada yang berlobang Reban tersebut juga tiada atap yang melindungi ayam-ayam . "Apa kata kita betulkan lubang lubang reban ni, pastu kita pasang atap " kata

Burung 5

"Tok Imam saya minta maaf sangat atas apa yang Ahmad dah buat, Dia takda niat pun nak buat macam tu Tok imam," "Ye, Mah, Aku faham, budak tu memang macam tu" "Maafkanlah dia ya," "Aku dah lama maafkan, Mah, tapi aku minta izin kau aku nak dia tinggal sini buat sementara waktu" "Hmm,.. Kalau macam tu takpelah saya izinkan" "Hujung minggu kau datanglah melawat, hal makan minum dia kau jangan risau, benda tu semua aku urus" "Baiklah Tok imam" itulah perbualan antara Tok Imam dan Nenek Ahmad. Ahmad berada si samping neneknya . Muka Ahmad tidak lebih 10 sen, Nenek bingkas bangun dan mencium kepala Ahmad sebelum keluar meninggalkan Ahmad di rumah Tok imam. Ahmad memandang tok imam , "Aduh,, habislah aku" rintih Ahmad dalam dirinya, Tok Imam memandang Ahmad, "Mulai hari ni aku nak ajar kau" sambil Tok Imam tersenyum sinis, "Mula -mula tugas kau,  waktu pagi pastikan reban Aya

Mengaji 4

"Nek, nak pergi mana ni?" soal Mira pada Nenek Esah. "Nak pergi belajar ngaji nak," jawab Nenek Esah. Matahari terbit indah menyinari bumi, kedengaran suara-suara burung bergemersik sesama sendiri. Kelihatan orang-orang kampung mula membanting tulang di sawah dan dusun, tidak kurang juga gerai-gerai makan makin hangat dikunjungi untuk menjamah sarapan. Mira berjalan sambil menghirup segar udara pagi. Melihat waktu yang sangat indah ini, Mira teringat pesan ustazahnya di sekolah untuk menunaikan solat dhuha apabila berpeluang. Kata Ustazah, solat dhuha jangan tinggal, kerana berkat dengan solat dhuha, kita dapat mencari keberkatan rezki Allah yang Maha Luas, teriyang-iyang pesanan ustazah dalam ingatan Mira. Mereka berjalan sehingga sampai ke sebuah Rumah berwarna biru,kelilingnya penuh dengan pokok buahan terutama rambutan. "Assalamualikum", "Waalaikumsalam, masuklah Sah" jawab satu suara lelaki daripada dalam rumah. Lelaki tersebut ilah Tok

Kawan ( Intro)

Deruman enjin laju memecah kesunyian malam, memecut di atas jalan raya sebuah motosikal, penunggangnya pula tegap, gaya seorang lelaki memandu, satu persatu kereta dipintas. Tidak dihiraukan papan tanda larangan memotong, lelaki itu terus meluncur laju dalam keheningan malam, jarum penunujuk mencecah kelajuan maksimum, hujan  gerimis mulai turun , renyai-renyai membasahi kot lelaki tersebut, Hujan mulai lebat, titis demi titis , guruh pula semakin kuat, seolah-olah memberi amaran terhadap sesuatu. Tiba di selekoh tajam, lelaki itu terus memecutkan motosikal, BANGG!! Dentuman kuat mengegarkan suasana, Sebuah lori telah bertembung dengan motosikal tersebut, Pemandu yang berada sekeliling membrek kenderaan masing-masing. Masing masing terkedu dengan kejadian di depan mata mereka, penglihatan samar dek hujan lebat yang terus turun , kelihatan sinar seperti api yang sedang marak menyala, sangkaan mereka betul, enjin lori terbakar akibat hentakan perlanggaran. kemek bah