Posts

Showing posts from April, 2020

Awang Hitam Siri 3

Image
Bismillah Assalamualikum, Siri Awang Hitam dah kembali, Buat yang belum tahu, Siri ini akan mengulas sisi gelap manusia, Yang merosak jiwa, Membinasakan hidup, yang wajar kita jauhi dan kita ambil pengajaran .Aku sedar, aku juga tidak sempurna, bukan sesiapa, namun aku rasa terpanggil, sebab isu kali ini, amat ramai yang buat. Tahun 2020, Allah Uji kita, dengan wabak virus yang amat mudah merebak, menjangkiti jutaan manusia dan membunuh beribu yang lain. Kita kini di rumah, tidak dibenar untuk keluar, kedai-kedai banyak yang tutup, Pesawat tidak lagi terbang, Kereta pula di halang beregerak.  Semua disaran mengamalkan amalan amalan kebersihan dan tidak dibenar berjumpa orang lain. Allah uji juga dengan Solat berjemaah dan Solat jumaat diberhentikan, Masjid dan Surau ditutup atas faktor keselamatan. Dalam ketidaktentuan semasa, amat wajar bagi kita, manusia yang lemah ini, Sama sama mengambil iktibar , sama sama memperbaiki diri kita, Mari kita sama sama renung, ini adalah Uji