Posts

Showing posts from May, 2023

Budi

Bismillah, Sedang kita meniti laluan yang di depan, bukan semuanya indah, bahkan ia berduri dan kadang kala sering juga terluka, ada waktu dan ketika, kita sendiri tidak pasti, sememangnya apa yang membelenggu hati ini?  Terdiam dan termenung kita sendiri,  memikirkan apa sebenarnya yang diinginkan hati?  Aku terpanggil kali ini, untuk mengingatkan diri aku, bahawa tiada urusan di dunia ini yang bukan di bawah telunjuk ilahi, kita resah tentang hari esok, kita resah tentang manusia disekeliling kita, Kita resah bahawa kita tidak dihargai, Kita sedih dengan cara manusia melayan kita, Kita kecewa selepas dimungkirkan janji. Sabar, dan sabarlah wahai hati, sememangnya manusia itu dan dunia ini mengecewakan, kerana tempat ini tidak sempurna dan tempat ini tidak adil. Kerana itulah wahai hati, dunia dan siisinya bukan destinasi, ini hanyalah tempat singgah untuk dirimu sebelum ke dunia yang abadi. Maafkanlah, dan lapangkanlah dadamu, tiada guna menyimpan dendam dan kecil hati, dunia ini han