Budi

Bismillah,

Sedang kita meniti laluan yang di depan, bukan semuanya indah, bahkan ia berduri dan kadang kala sering juga terluka, ada waktu dan ketika, kita sendiri tidak pasti, sememangnya apa yang membelenggu hati ini?  Terdiam dan termenung kita sendiri,  memikirkan apa sebenarnya yang diinginkan hati? 

Aku terpanggil kali ini, untuk mengingatkan diri aku, bahawa tiada urusan di dunia ini yang bukan di bawah telunjuk ilahi, kita resah tentang hari esok, kita resah tentang manusia disekeliling kita, Kita resah bahawa kita tidak dihargai, Kita sedih dengan cara manusia melayan kita, Kita kecewa selepas dimungkirkan janji. Sabar, dan sabarlah wahai hati, sememangnya manusia itu dan dunia ini mengecewakan, kerana tempat ini tidak sempurna dan tempat ini tidak adil. Kerana itulah wahai hati, dunia dan siisinya bukan destinasi, ini hanyalah tempat singgah untuk dirimu sebelum ke dunia yang abadi.

Maafkanlah, dan lapangkanlah dadamu, tiada guna menyimpan dendam dan kecil hati, dunia ini hanyalah sebentar bukanlah selama lamanya, luaskanlah hatimu dan dirimu, berbaktilah sebanyak mana yang kamu mampu, teruskan kuat dan berdiri sepanjang hayatmu. Jadikanlah hidup ini, sebagai saksi pada Tuhamu, bahwa kamu tidak inginkan apa apa atas dunia ini melainkan reda Tuhanmu. 

Perbaikilah dirimu, berusahalah sehabis dayamu, percayalah , tuhanmu sentiasa bersamamu, dan tuhanmu dekat dengan mu. Ikhlaskanlah hidupmu. sirru ala barakatillah.


Comments

Popular posts from this blog

Blessing and Love